Saturday, 15 September 2018

DUA 6022 - Komunikasi & Penyiaran Dalam Islam

1)PAPARAN UTAMA 


NAMA AHLI:

  • Muhammad Ikmal Bin Zaimi (12DEE16F1011)
  • Muhammad Syahmi Fitri Bin Roslan (12DEE16F1025)
  • Nur Filzatul Aisyah Binti Zamri (12DEE16F1007)
  • Nor Intan Syawani Binti Mohammad Nazir (12DEE16F1019)


                                


TAJUK LENGKAP: Hiburan melampau dikenal pasti sebagai punca keruntuhan akhlak remaja. Bincangkan punca-punca hiburan melampau dan cara penyelesaiannya.

PROGRAM:  Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik 

SESI:  Jun 2018

NAMA PENSYARAH:  Encik Haji Mohd Zuky Bin Hanafi

JABATAN: Kejuruteraan Elektrik



2) PENGHARGAAN



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
         Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam  ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.
         Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu Punca Keruntuhan Remaja terhadap Hiburan yang melampau Pada Masa Kini dan Cara Penyelesaiannya”. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah yang mengajar kami iaitu, ENCIK HAJI MOHD ZUKY BIN HANAFI  kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
        Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
        Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.



3) PENGENALAN

           Alam remaja merupakan satu tahap kritikal dalam kehidupan manusia, iaitu tempoh peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa.  Pada peringkat inilah seseorang mula bertindak balas kepada tuntutan emosi untuk mencari identiti dan penampilan tersendiri.  Ahli psikologi mengistilahkan alam remaja sebagai ‘umur emosi’ kerana di peringkat mencari identiti, mereka sering berhadapan dengan konflik diri di mana wujud dua pertembungan iaitu antara sifat kanak-kanak dan keinginan serta kebimbingan untuk menempuhi alam dewasa.  Tetapi kini, remaja telah terlalu jauh meninggalkan batas keperibadiannya serta melupakan nilai-nilai etika dan moral yang sepatutnya tersemai di dalam diri mereka.
             Selain itu, hiburan yang dihidangkan dalam media massa dan internet  sedikit sebanyak telah mempengaruhi minda dan akhlak remaja masakini. Pelbagai applikasi dan media media social wujud bagaikan cendawan yang turun selepas hujan. Kandungan kandungan yang terdaat didalam media media ini kebanyakkannya tidak ditapis mengikut kesesuaian umur.
           Hiburan ialah peristiwa, persembahan atau kegiatan yang direkabentuk untuk memberi nikmat kepada penonton, walaupun contohnya untuk permainan komputer, 'penonton mungkin hanya seorang sahaja.  Para penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera, atau secara aktif seperti dalam permainan komputer.  Industri yang membekalkan hiburan digelar sebagai industri hiburan.
           Pada umumnya, bermain dan membaca, serta penghargaan seni, tidak dianggap sebagai hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi kerana hiburan biasanya memerlukan pembekal persembahan dilihat oleh penonton, kecuali dalam permainan komputer.

Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya seperti yang firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud :

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT.

          Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusian serta agama.
         Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan negara kini semakin meningkat. Gejala sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awan terjejas, kesejahteraan umat juga tidak terkawal. Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”. Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini.




4) ISI KANDUNGAN


a) HIBURAN DALAM ISLAM


Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’.


GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM

1. Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya :


"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang – yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya – supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan (15) Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa (16)."
( Taaha : 15-16)

2. Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.


Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku’nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya. ( HR Muslim) 
3. Tidak ada muzik / nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa. Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut:
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya, ( Al Qasas : 55) 
Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya. (HR Bukhari dan Muslim)

4.  Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.


5.  Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.

Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat:

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.  ( Al A’raf : 26)

Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka:

Sebahgian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya. (HR Muslim)
Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik). (HR Tarmidzi)
6. Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama / lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.

Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini:

Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh. (HR Baihaqi)

7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda. 

Firman Allah SWT:

Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Al Ahzab : 32)

Dan Rasulullah SAW juga bersabda:

Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.(HR Ibnu Majah)


Peringatan:

Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia.

Allah SWT berfirman dalam surah Al Lukman ayat 6 yang bermaksud :

“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”.

Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan.




b) PUNCA - PUNCA HIBURAN MELAMPAU


          Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan muda mudi.
          Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan samaada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.
          Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada aisyah R.A. yang bermaksud:

“Sesungguhnya abu bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orng ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang ansar pada hari peperangan bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidifitri. Rasulullah bersabda, wahai abu bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita”. (Ibnu majah) 

          Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti mediamassa samaada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan. Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh al-syeikh yusuf al-qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa (jabatan kemajuan islam Malaysia).
         Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak remaja.  Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya.  Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga.  Oleh itu, rakan sebaya sangat mudah mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang.  Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah.  Oleh kerana ‘darah muda’ remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara itu berbahaya dan sia-sia.
           Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini.  Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.  Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang songsang.  Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah.  Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk.  Bak kata pepatah ‘sudah terhantuk, baru terngadah’. 
           Antara punca lain ialah pengaruh media massa.  Pada zaman yang serba moden ini, media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian.  Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang terutamanya golongan remaja ke arah yang negatif secara diam.  Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media massa.  Cerita-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi.
         Di samping itu, sifat semulajadi remaja juga sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru.  Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaannya mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram.  Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram  dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak.
         Akhir sekali ialah didikan agama dan nilai-nilai murni tidak diterapkan dalam diri kalangan remaja pada masa kini.  Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan sehinggakan mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka.  Oleh itu, anak-anak mereka tidak mendapat didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapa mereka.  Mereja tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk terhadap perbuatan yang mereka lakukan. 



c) PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA


        Dahulu, pada zaman manusia belum mencapai tahap ketamadunan yang tinggi, alat komunikasi dan perhubungan untuk menyampaikan maklumat tidak dicipta. Mereka sekadar menggunakan burung dan asap daripada unggun api sebagai petunjuk dan utusan kepada seseorang. Namun, pada era teknologi maklumat kini, mesej-mesej dapat disampaikan dalam sekelip mata. Media massa terbahagi kepada dua iaitu media cetak seperti risalah, majalah, dan akhbar manakala media elektronik pula iaitu Internet, televisyen, dan radio. Namun demikian, media massa telah disalahgunakan dan menjadi salah satu daripada punca penyumbang utama berlakunya gejala sosial. 
       Tidak dapat dinafikan lagi, media massa merupakan penyumbang utama kepada keruntuhan moral di kalangan belia. Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada maklumat. Tayangan-tayangan filem Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimurah yang sebati dalam jiwa masyarakat. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai halwa mata bagi mereka. Jadi, apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan meniru stail dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah budaya ‘punk’, bertindik di telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dahsyat lagi pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Secara tidak langsung, ia mencetuskan kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari iderttiti diri seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme ini. 
      Di samping itu, konsert-konsert penyanyi dari negara Barat yang ditayangkan turut membawa impak buruk. Penyanyi dari Barat, terionjak-ionjak memakai jeans yang terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan idola remaja. Sekali gus, hal ini turut menjajah minda remaja kerana mereka berfikir semua perkara yang baik datang dari Barat. Amalan-amalan tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah turut menjadi ikutan muda-mudi. 
     Melalui majalah-majalah pula, artis-artis tempatan yang kononnya menjadi contoh dan teladan sebenarnya semakin membawa remaja ke arab kemaksiatan dan keruntuhan moral. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang memaparkan unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata semata-mata untuk mengaut keuntungan yang maksima menyebabkan rosak minda para remaja. 
        Gejala sosial dan kebejatan moral semakin gawat dan meningkat hari demi hari berikutan perkembangan media massa yang tidak terkawal dan maju umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula, kini wujud pula satu saluran maklumat yang canggih dan sistematik iaitu Internet disusuli pula dengan penubuhan pusat kafe siber. Pusat maklumat kafe siber menjadi sarang kepada golongan belia untuk melihat bahan-bahan negatif dan meneroka laman-laman web pornografi yang mempunyai bahan-bahan lucah dan unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat Islam dan budaya masyarakat Malaysia. 
      Pusat-pusat Internet menjadi tempat untuk para pelajar melepak. Ditambah lagi dengan sistem langit terbuka dan dunia tanpa sempadan yang diwara-warakan oleh sesetengah pihak semakin menarik minat mereka. Pelajar-pelajar sanggup berada di hadapan skrin atau monitor komputer berjam-jam lamanya sehingga mengabaikan masa untuk sekolah hanya sekadar untuk mencari hiburan di kafe siber. 
       Dalam pada itu, penyeludupan video-video dan VCD dari luar negara semakin berleluasa. Remaja boleh mendapatkannya dengan mudah kerana video-video tersebut dijual di pasar-pasar malam dan iu,ga terdapat di pasar-pasar gelap. Di pawagam pula, setiap hari, pasti ada filem-filem seperti perang yang tidak sesuai untuk tontonan remaja di negara kita kerana Malaysia pada dasarnya adalah sebuah negara yang arnan. Label 18SX, 18SG, dan 18PL hanyalah sekadar hiasan dan jarang sekali pemantauan diadakan. Jika muda-mudi disajikan dengan aksi-aksi lucah, perang, dan blues secara berterusan justeru lahirlah generasi alaf baru yang nilai moralnya mencecah ke paras sifar, malah sentiasa mengikut ideologi dan pandangan aging. Mereka mengagung-agung orang lain sehingga hilang semangat kepimpinan dalarn diri.  
        Konklusinya, media massa adalah antara penyumbang utama berlakunya gejala sosial, mendatangkan keburukan, dan membawa kesan negatif kepada remaja pada hari ini. Jika perkara ini masih berterusan dan tiada langkah drastik untuk menanganinya sudah tentu pada masa akan datang gejala-gejala buruk menjadi budaya golongan muda. Hasilnya lahirlah generasi yang menjadi ‘robot’ dan hanya diperalatkan untuk kepentingan individu tertentu.


d) FAKTOR - FAKTOR BERLAKUNYA KERUNTUKHAN AKHLAK REMAJA


i)  Diri sendiri (Remaja)
  •  Tekanan dalam pelajaran.
  •  Tekanan daripada ibu bapa yang suka mengongkong 
  •  Sikap ingin mencuba sesuatu yang baharu  
  •  Kekurangan Ajaran agama 

ii)  IbuBapa 
  • Kebanyakan remaja yang berasal dari keluarga berada selalunya membazirkan masa dan wang ibu bapanya dalam perkara yang sia-sia. Contohnya, melayari internet di siber kafe, melepak di pusat hiburan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai wang saku yang berlebihan. Sebaliknya, golongan miskin akan memikirkan cara perbelanjaan dan mereka akan menggunakan wang tersebut dengan bermanfaat. Tuntasnya, latar belakang yang berbeza yang dapat menentukan akhlak seseorang.
  • Ibu bapa yang bersifat materialistik sibuk mengejar kemewahan sehingga mengabaikan anak mereka terutamanya remaja pada hari ini. Remaja yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya akan melakukan perkara maksiat kerana mereka menganggap bahawa mereka tidak dikongkong oleh ibu bapanya dan dapat melakukan apa-apa sahaja dengan sesuka hati.  

iii)  Rakan Sebaya 
  •  Hal ini adalah kebenaran kerana rakan sebaya merupakan golongan umur yang paling dekat. Jadi kebanyakan mereka mempunyai ideologi yang sama dan ‘sense of belonging’ yang kuat dalam kalangan mereka. Sebagai contoh, jika seseorang yang berkawan dengan rakan negatif yang memujuk untuk menyertai kegiatan haram seperti menagih dadah dan perlumbaan haram, jika seseorang remaja itu tidak mempunyai jati diri yang kuat, maka dia akan mudah terpengaruh oleh rakan negatif. 


 d) LANGKAH - LANGKAH MENGATASI KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA


i)  Peranan Individu
  • Mendekatkan diri kepada Tuhan. 
i) Sentiasa melakukan ibadah seperti solat, berzikir dan membaca Al-Quran.   
ii) Dapat menimbulkan rasa insaf serta rendah diri.  
iii) Mencuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala negatif atau masalah disiplin. 
  • Sentiasa meminta dorongan daripada keluarga, rakan-rakan dan pihak kaunseling.   
i) Jangan malu untuk berkongsi masalah. Luahkan segala masalah yang dialami.  
ii) Dapat mengurangkan masalah atau beban yang ditanggung. 
iii) Meningkatkan keyakinan diri di samping dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain. Timbul rasa kasih sayang serta saling memahami perasaan sesama mereka. 
  • Tetapkan target atau bina satu azam untuk mencapai kehidupan yang lebih berkualiti.  

i) Azam yang dibina dapat menguatkan semangat individu itu untuk terus melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. 

ii)Sentiasa yakin diri bahawa azam yang dibina itu akan tercapai dengan cemerlang ke arah pembentukan diri yang lebih berdisiplin. 
  • Mengamalkan cara hidup yang sihat (positif).
i) Melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.  
ii) Melakukan senaman secara sistematik.  
iii) Mengamalkan pemakanan yang sihat untuk menjamin fizikal dan mental yang berkualiti.  
iv) Menghindari diri daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti najis dadah, seks bebas dan sebagainya.


ii) Peranan IbuBapa 
  •  Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil lagi ibarat pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. 
  • Ibu bapa menjadikan diri mereka sebagai contoh terbaik untuk anak-anak mereka. 
  • Mereka juga perlu memberikan didikan agama yang sempurna bagi mengelakkan anak-anak terjebak dalam gejala negatif, aktiviti yang tidak bermoral dan budaya kuning seperti:
 i) Black metal 
ii) Punk 
iii) Penyalahgunaan dadah 
iv) Kes membuang bayi dan lain-lain.  
  • Mereka berperanan untuk membentuk generasi muda sekarang yang terdedah kepada gejala negatif luar kawalan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang serius kepada mereka dan institusi keluarga.  
  • Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai dan etika untuk menguruskan masa dengan baik.   
  • Mereka harus memberikan perangsang dan galakan kepada anak-anak untuk berjaya.  
  • Ibu bapa juga perlu menyekat kebebasan anak-anak dalam pergaulan.  
  • Ibu bapa meluangkan banyak masa untuk anak-anak terutamanya pada hujung minggu dan beriadah bersama-sama.  
  • Mereka janganlah terlalu taksub dengan dunia pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.  
  • Mereka harus sentiasa berada di sisi anak-anak ketika anak-anak berada dalam kesusahan dan menjadi rakan atau pendengar yang setia untuk mendengar dan berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak.


5) RUMUSAN

Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW. 
       Dari penelitian yang dilakukan, kebanyakan gejala sosial dalam komuniti mula berlaku di peringkat usia remaja dan juga semasa anak-anak di bangku persekolahan. Masalah ini perlu dilihat dalam konteks mata rantai. Di mana ia tidak akan terjadi sekiranya golongan dewasa tidak memulakannya. Perlakuan orang dewasa atau ibu bapa kepada anak-anak akan mudah dicontohi oleh anak-anak.
      Pengawasan yang tidak berlaku di peringkat orang dewasa menjadikan anak-anak terjebak ke kancah maksiat. Pemantauan di peringkat pusat kuasa yang tidak berlaku secara serius telah menjadi pemangkin kepada permasalahan sosial tidak berpenghujung dengan noktah penurunan, bahkan graf terus meningkat naik setiap tahun.

6) PAUTAN


  • Gambar










7) RUJUKAN

  • https://faiz96.wordpress.com/bentuk-bentuk-hiburan-yang-dibenarkan-dalam-islam/
  • https://www.google.com/searchq=keruntuhan+akhlak+remaja&espv=2&biw=1366&bih=667&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjG4ODB_8LOAhVJM48KHS6VC_YQ_AUIBigB#imgrc=_
  • https://mazlan66.wordpress.com/2008/03/25/media-massa-merupakan-antara-faktor-berlakukan-gejala-sosial/
  • http://nadia-teenageproblems.blogspot.my/
  • http://harjin-bismillah.blogspot.my/2010/09/keruntuhan-akhlak-remaja.html